1. Kebenaran

Adakah apa yang saya percaya betul-betul BENAR?
Bagaimanakah saya tahu jika apa yang saya percaya ialahh BENAR?

Ramai pernah bertanya diri mereka soalan ini pada satu ketika dalam hidup mereka. Persoalan ini timbul dalam fikiran mereka kerana mungkin ada sesuatu yang mereka rasa tidak pasti. Fikiran mereka tidak dapat menerima atau percaya dalamnya dan perasaan itu pada dasarnya ialah KERAGUAN. Adakah keraguan itu perkara yang buruk? Ia bergantung. Jika keraguan ditangani dengan segera, maka ia boleh dianggap satu perkara yang bagus. Tetapi jika keraguan tidak ditangani, maka mereka akan merasai ketegangan antara berada dalam keadaan mempercaya atau tidak mempercayai sesuatu. Mereka berada di tengah-tengah – tidak pasti sama ada untuk mempercayai atau tidak mempercayai sesuatu. Jika mereka mengatakan mereka percaya bahawa ada sesuatu yang benar tetapi di dalam hati, mereka tahu mereka tidak pasti mengenainya, maka tanpa disedari, mereka mempunyai iman yang buta. Mereka hanya percaya kepada sesuatu tanpa alasan.

Bagaimana seseorang menangani keraguan dalam fikiran mereka? Dengan mencari jawapan. Itu bermula dengan berfikir dan akhirnya bertanya soalan. Lebih penting lagi, bertanya soalan yang betul. Pada zaman ini, terdapat begitu banyak jawapan di internet dan mungkin begitulah cara mereka menemui pautan ini. Apabila seseorang menemui jawapan, bukankah mereka menilai terlebih dahulu sama ada jawapan yang ditemuinya boleh diharap dan dipercayai? Bahagian ini penting kerana ia membantu seseorang menentukan sama ada sesuatu itu benar atau tidak. Proses memikir, mencari dan menilai jawapan ini akan berakhir di tempat kesimpulan. Kesimpulan itu akan membawa mereka ke satu tahap di mana mereka mesti membuat keputusan sama ada untuk mempercayai atau tidak mempercayai sasuatu.

Tanya diri kamu, ‘Jika Tuhan memberikan saya otak, mengapakah saya tidak gunakannya untuk berfikir?’ Atau ‘Adakah Tuhan memberikan saya otak dan memberitahu saya jangan gunakannya UNTUK TIDAK berfikir? Jika ya, maka mengapakah Dia memberi saya otak pada mulanya?’.

Satu anggapan umum yang selalu dibincangkan dalam bidang agama dan kepercayaan ialah ‘Semua agama ialah sama”. Ini telah dibongkar oleh ramai sarjana yang berbeza agama. Malah, mengikut empat agama terbesar di dunia iaitu kepercayaan Judeo-Kristian diikuti dengan Islam, Hindu dan Buddha, ajaran asas mereka bercanggah antara satu sama lain dan ialah berbeza. Oleh itu, ia hanya boleh disimpulkan bahawa semua agama TIDAK sama.

Ia dirujuk di atas sebagai Judeo-Kristian kerana menurut kitab suci Alkitab, terdapat kesinambungan dan keselarasan dalam agama Yahudi dan Kristian tetapi untuk tujuan penulisan ini, istilah orang Kristian dan Kristian akan digunakan selanjutnya.

Kebanyakan orang zaman ini percaya pada sesuatu kerana mereka disuruh untuk mempercayainya, kadang-kalasehingga ke tahap tidak bertanya soalan. Ia sering  dianggap sebagai mempunyai iman. Tetapi adakah mempunyai iman terhadap  sesuatu menjadikannya benar? Atau adakah kerana sesuatu itu benar, itulah yang membuat kita mempunyai iman? Kadang-kala orang mengikuti kepercayaan mereka semata-mata untuk menghormati ibu bapa dan keluarga mereka. Tetapi jika kepercayaan mereka menyekat seseorang daripada bertanya soalan yang paling mudah tentang kepercayaan mereka sendiri, adakah kepercayaan itu menyembunyikan sesuatu? Soalan mudah harus mudah dijawab dengan sebab yang logik dan tulus dengan kebenaran.

Bayangkan seorang pembeli mahu membeli kereta dan peniaga kereta yang mempromosikan kereta kepadanya mengatakan kereta itu sangat lasak dan laju. Apabila pembeli meminta untuk melihat kereta itu, peniaga hanya menunjukkan gambar sahaja. Dia menanyakan tentang kapasiti enjin, tetapi peniaga hanya memberitahunya ianya sangat laju. Dia menanyakan tentang tahun ia dikeluarkan, tetapi peniaga menjawab ‘beberapa tahun lalu’. Dia meminta untuk pandu uji kereta itu, tetapi peniaga tidak bersetuju hanya untuk meyakinkannya untuk membeli kereta itu. Dia menanyakan sama ada terdapat sebarang masalah dengan kereta itu. Peniaga meyakinkan bahawa tiada masalah dengan kereta dan dia hanya perlu membeli kereta itu. Dia menanyakan tentang ulasan pembeli terdahulu kereta itu. Tetapi peniaga marahnya pula supaya dia tidak akan menanyakan begitu banyak soalan lagi Dia pun terus membeli kereta itu dan akhirnya dia menemui banyak masalah yang boleh dielakkan jika dia mendapat jawapan yang dia tanya pada mulanya. Perhatikan bagaimana pembeli membuat keputusan membeli kereta tanpa alasan yang teliti. Dari satu segi, beginilah keadaannya membuat keputusan secara membuta tuli. Walaupun jawapannya secara samar-samar dan tidak menjawab kebimbangan tertentu, seseorang terus membuat keputusan untuk mempercayai jawapan tersebut.

 

Bagi sesetengah orang, bertanya soalan mungkin boleh menyinggung perasaan ibu bapa atau kepercayaan mereka, tetapi matlamat di sini bukanlah untuk menghina sesiapa tetapi hanya untuk menggalakkan pertanyaan untuk mendapat pemahaman yang lebih baik. Contohnya, soalan seperti ‘Di manakah Yesus berkata dalam Alkitab ‘Sayalah Tuhan, Sembah Saya!’?’, ‘Di manakah dalam Al-Quran mengatakan untuk berdoa 5 kali sehari?’, ‘Di manakah dalam Vedas berkata untuk melaungkan mantra 108 kali sehari?’, ‘Adakah Buddha dalam Sutra awal merendahkan wanita dan memanggil mereka kotor?’. Jika seseorang benar-benar mencari jawapan kepada soalan-soalan ini, mereka akan mendapat jawapan kepadanya. Ianya tidak cukup sekadar mencari jawapan daripada Google dan Wikipedia , tetapi untuk mendengar apa yang pakar dan ahli teologi setiap agama itu katakan dan sama ada jawapan mereka masuk akal dan benar. Perhatikan bahawa soalan-soalan di atas tertumpu pada ‘kitab suci’ bagi setiap kepercayaan. Tanpa kitab suci mereka, kepercayaana/agama itu tiada asas. Jika seseorang ingin memahami iman, mereka perlu membaca kitab suci mereka dan mengkaji asal-usulnya dengan kritikan sejarah, bukan berdasarkankepada seseorang yang mendakwa mereka taat mengamalkan agama itu.

Cabaran utama bagi seseorang yang bertanya semua soalan ini ialah apabila mereka menjumpa kebenaran untuk jawapannya dansedar kebenaran itu bukanlah apa yang mereka telah percayai selama ini. Mereka akan bergelut dengan keseluruhan didikan mereka dan melalui penukaran dalam kepercayaan mereka. Apabila seseorang menemui kebenaran yang menawarkan kehidupan, keselamatan dan pengampunan, akankah mereka menerimanya walaupun mungkin akan mendapat penolakan dari komuniti mereka?

Tanya diri kamu, ‘akankah kamu bertanya kepada keluarga, rakan dan juga pemimpin agama anda soalan-soalan seperti ini untuk mengetahui kebenaran?’

Apabila melihat empat agama (atau kepercayaan) dunia yang disebutkan di atas, seseorang perlu bertanya empat soalan-soalan ini:

  1. Bagaimanakah kepercayaan itu bermula? (Asal Usul),
  2. Apakah maksud untuk hidup dalam kepercayaan itu? (Makna),
  3. Apakah moral yang terdapat dalam iman? (Akhlak),
  4. Apakah yang akan berlaku apabila seseorang mati dalam iman itu? (Takdir).

Soalan-soalan ini perlu dijawab dan ia mesti tulus dengan kebenaran, sama ada melalui bukti empirikal atau sebab yang logik. Apabila jawapan-jawapan digabungkan, ia harus konsisten dan berpadu. Ramai sarjana telah melakukan penyelidikan mereka dalam fakta dan metodologi sejarah dan mendapati bahawa terdapat dua kepercayaan yang mendakwa eksklusiviti – bermakna mereka mendakwa bahawa kepercayaan mereka sahaja yang benar. Kedua-dua agama itu ialah Kristian dan Islam. Masalah dengan dakwaan tersebut ialah hanya satu kepercayaan sahaja boleh menjawab keempat-empat soalan di atas dengan kebenaran yang tulus dan mempunyai pandangan dunia yang konsisten dan padu. Itu ialah agama Kristian.

Sesetengah orang Muslim mungkin sukar untuk menerima hal ini, tetapi mungkin mereka boleh melihat contoh berikut sebagai satu soalan untuk ditanya.

Contoh ini bukan untuk menipu atau menyinggung sesiapa, ia hanya mengeluarkan fakta dalam kebenaran sejarah dan bertanya soalan mengenainya. Al-Quran ialah satu-satunya dokumen sejarah yang menafikan bahawa Yesus Kristus mati dan digantung pada salib dan ia telah direkodkan pada abad ke-8 Masihi. Selain ahli sejarah Kristian, ahli sejarah Yahudi, Rom, Yunani dan Pagan semuanya juga setuju dengan fakta bahawa Yesus Kristus mati di atas salibDan semuanya tercatat dalam abad ke-1 hingga ke-4 Masihi. Di sini kita dapat melihat melalui kritikan sejarah terhadap teks Al-Quran, bahawa ia telah menyatakan sesuatu perkara yang tidak benar dan tidak selaras dalam sejarah. Lebih lagi tiada seorang pun daripada khalifah agama Islam yang bertanggungjawab menulis Al-Quran pernah bertemu dengan Yesus atau murid-muridnya. Sebaliknya mereka dilahirkan berabad-abad selepas Yesus dan murid-muridnya.

Adakah kamu a ingin mengetahui sama ada apa yang dikatakan di atas ialah benar atau tidak?

Jika kamu perlu mencarikan jawapan itu sendiri, ia membuktikan bahawa tidak ada sebarang penipuan atau manipulasi yang terlibat di sini. Tiada siapa yang tahu apa jawapan yang kamu mungkin dapati selain Tuhan. Ini ialah sesuatu yang hanya Tuhan boleh lakukan. Sebenarnya Dialah yang mengatakan “Kamu akan berseru kepada-Ku, datang dan berdoa kepada-Ku, dan Aku akan mendengar kamu. Kamu akan mencari hadirat-Ku dan menemukan Aku apabila kamu mencari Aku dengan segenap hatimu. ‘demikianlah firman TUHAN…” Janji ini hanya tertulis dalam Alkitab dan tidak ada dalam mana-mana kitab suci agama lain.

Seperti orang dari kepercayaan lain, ramai orang Kristian juga mempunyai keraguan dan persoalan tentang kepercayaan mereka. Beberapa soalan dan topik mengenainya akan dibincangkan dalam tulisan yang akan datang. Beberapa soalan yang akan dibincangkan seterusnya:

Jika banyak catatan sejarah mengesahkannya, mengapakah Yesus Kristus mati di Salib?

Adakah Yesus berkata dalam Alkitab ‘Sayalah Tuhan, Sembah Saya!’?

Mengapakah ada persamaan dalam kisah-kisah Kristian dan Islam?

Jika Tuhan mengasihi, mengapakah terdapat banyak keganasan dalam Perjanjian Lama?

Apakah mesej sebenar Alkitab?

Scroll to Top

Tapak web ini menggunakan kuki untuk memastikan anda mendapat pengalaman terbaik.